Wednesday 22 February 2012

(kemaskini) KULIAH MAGHRIB BERSAMA USTAZ DON DANIYAL


Program Ceramah Ustaz Don Daniyal Selebriti TV Al-Hijrah akan di adakan pada 3.3.2012 di Masjid At Taqwa, Taman Merpati dan 4.3.2012 di Masjid Nurussyakirin, Taman Indah Jaya selepas solat Maghrib......kehadiran dialu-alukan...



KULIAH PERDANA BERSAMA USTAZ DON

KULIAH MAGHRIB PERDANA BERSAMA USTAZ DON DI MASJID NURUSSYAKIRIN, TAMAN INDAH JAYA PADA 04/03/2012 (AHAD)

Monday 20 February 2012

(kemaskini) FORUM EHWAL ISLAM SEMPENA MAULIDUR RASUL SAW 1433H

Tarikh : 19 Februari 2012 (Ahad)
Masa : 7.00 Malam
Tempat : Masjid Daerah Sandakan

Ahli Panel :
  • Ustaz Hj. Abu Hurairah Abdul Rahman
  • Ustaz Hj. Abdul Wahab Hj. Bustami
  • Ustaz Zulkarnaen Enarji

Pengerusi :
  • Ustaz Suharto Sukarni


 







Majlis Forum telah dimulakan sejurus selepas solat Isyak.

Majlis dianggarkan dihadiri oleh lebih kurang 600 orang dan juga dengan kehadiran YB Datuk Zakaria Hj. Mohd Edris, ADUN N41. Gum-Gum, YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Ampung Puyon, Timbalan Yang DiPertua USIA Sabah, YBhg. Tuan Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain, Timbalan Presiden MPS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Daerah Sandakan, dan YBhg. Datuk Hj. Alipuddin Puyon, Ketua USIA Sandakan.

Forum ini membicarakan salah satu sifat Rasulullah SAW iaitu Tabligh. Para Panel telah menyampaikan dan mengulas topik ini dalam 3 pusingan. Pusing pertama merupakan kupasan daripada ketiga-tiga panel, pusingan kedua merupakan soalan yang dilontarkan oleh pengerusi forum kepada ketiga-tiga ahli panel manakala pusingan ketiga merupakan soalan yang dikemukakan oleh para hadirin.

Majlis ini berjalan dengan suasana yang penuh harmoni, muhibbah dan ilmiah. Alhamdulillah majlis selesai pada jam 10.30 malam.


"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"

Sunday 12 February 2012

KEMERIAHAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT DAERAH SANDAKAN

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Sandakan telah diadakan pada 12/02/2012 yang telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Sabah dengan kehadiran dianggarkan seramai 7000 orang

Saturday 11 February 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W 1433H PERINGKAT DAERAH SANDAKAN

AKTIVITI MAULIDUR RASUL S.A.W. 1433H PERINGKAT DAERAH SANDAKAN

  • PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN
    • PERASMI : YAB DATUK SERI MUSA HAJI AMAN, KETUA MENTERI SABAH
    • PENCERAMAH : USTAZ ABU HURAIRAH, USIA PUSAT
    • 12/02/2012 (AHAD)
    • 7.00 PAGI
    • PADANG BANDARAN SANDAKAN
  • PERTANDINGAN SEPANDUK
    • 10/02/2012 (JUMAAT)
    • 2.30 PETANG
    • DEWAN MASYARAKAT SANDAKAN
  • PERTANDINGAN KOKMPANG
    • 11/02/2012 (SABTU)
    • 7.00 MALAM
    • PADANG BANDARAN SANDAKAN

Wednesday 8 February 2012

ZIARAH AMAL KE HOSPITAL DUCHESS OF KENT SANDAKAN







Ahli Jawatankuasa Dakwah telah mengadakan ziarah amal ke Hospital Duchess of Kent Sandakan pada 5/2/2012 sempena Maulidur Rasul SAW Tahun 1433H.

Ziarah amal ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah. 

Antara pengisian program ini adalah ziarah pesakit di Wad Lelaki dan Perempuan sambil temubual dan memberi motivasi, mengedarkan buku-buku/risalah-risalah dan mengeratkan silaturrahim dengan badan dakwah HDOK.

MESYUARAT PERTAMA JK DAKWAH DAERAH SANDAKAN TAHUN 2012


Mesyuarat Pertama JK Dakwah Daerah Sandakan Tahun 2012 Telah Diadakan Pada 27 Januari 2012, Jam 2.30 Petang Bertempat Di Bilik Mesyuarat Selingan, Tingkat 1, Wisma Perbandaran Sandakan Yang Dipengerusikan Oleh Tuan Hj. Mohd Hamsan Hj. Awang Supain.

Semasa Mesyuarat Ini, Jawatankuasa Dakwah Telah Dibentuk Dan Juga Beberapa Biro Telah Diwujudkan.

Ust. Imran Osman Telah Membentangkan Visi, Misi, Objektif Dan Pelan Straregi Jawatankuasa Dakwah Daerah Sandakan.